Monday, June 30, 2008

Thursday, April 3, 2008

Orang Yang Mendapat Perlindungan Allah

Daripada Abi Hurairah r.a daripada nabi Muhammad s.a.w sabdanya:
Tujuh golongan manusia dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNYA, mereka ialah: iman yang adil( saksama), pemuda yang hidup dalam mentaati kepada Allah, lelaki yang sentiasa mengingati masjid untuk beribadah, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana cinta kepada Allah, lelaki yang menolak ajakan atau pujukan seorang perempuan yang cantik dan mempunyai kedudukan yang tinggi( berpangkat) di samping itu ia berkata: sesungguhnya aku takutkan Allah. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di lakukan oleh tangan kanan. Lelaki yang sentiasa menyebut ( berzikir) nama Allah secara berkhalwat( bersembunyi) maka ketika itu mengalir air matanya.